Monday, May 21, 2012

Angka itu bukan apa-apa....

Assalamualaikum.....

22 Mei 1989 ===> 22 Mei 2012 

Alhamdulillah...Kini aku sudah menjangkau usia 23 TAHUN! 


Buat Arwah Mak dan Arwah Abah

Mak, Abah,
Cik dah masuk 23 Tahun
Terima Kasih atas segalanya
Melahirkan dan Membesarkan cik dengan penuh kasih-sayang
Hajat mak abah nak cik jadi cikgu akan cik tunaikan insyaallah...
Moga roh mak dan abah dicucuri rahmat...Amin 


Buat Abang-abang, kakak dan adik!

Terima kasih atas kasih sayang kalian
dorongan dan sokongan kalian 
segala apa yang orang nak kalian turutkan
jasa kalian memang tak dapat orang balas
terima kasih banyak-banyak! 

Buat kelaurga dan kawan-kawan
terima kasih juga
saat susah dan senang ada bersama...
terima kasih.....


22 Mei 2012 bersamaan 1 Rejab
terasa begitu bermakna..
Esok boleh puasa...
Alhamdulillah....


::sambil tersedu-sedu ingat arwah mak, abah serta keluarga nun jauh di sana:: 

Wednesday, March 14, 2012

Norhaslizainon!!

Assalamualaikum...

Pagi ni mengambil sedikit ruang untuk mencoret disini. Memang tak tertanggung beban rasa. Kadang-kadang seakan-akan mahu menyerah kalah!

Hasliza,
Kau yang tentukan hidup kau
Semua terserah pada kau,
Kau susah sebab kau yang pilih jalan susah!
Tapi kalau kau nak senang tiada jalan yang mudah!!

Hasliza,
Perjalanan hidup ini tidak semudah yang kau tafsirkan,
Waktu kau kecil ada orang pimpin dan pegang erat tangan kau,
Tapi sekarang kau berjalan berseorangan.
Walau kemana arah kaki kau melangkah,
Jalannya tetap berliku.

Hasliza,
Ingat, walau kau berjalan jalan gelap,
Ditambah onak yang berliku,
Percaya suatu saat cahaya itu akan tiba,
BERUSAHALAH!
BERSABARLAH!

Saturday, March 10, 2012

Pendam...


Aku yang mengejar bayang
Cinta kian terbiar
Terpendam kata tak terungkap selamanya

Pedihnya hanya aku yang merasa
Mahu memilikinya
Aku hanya hamba cinta
Bisik hatiku lepaskan dirinya
Sungguh aku tak bisa
Biarlah ku sendiri
Tanpa kasih di hati
Aku tak mampu pertahankan lagi
Cinta yang menyakiti
Biarlah aku pergi
Tiada hampa di hati
Pedihnya hanya aku yang merasa
Mahu memilikinya
Aku hanya hamba cinta
Bisik hatiku lepaskan dirinya
Sungguh aku tak bisa
Biarlah ku sendiri
Tanpa kasih di hati
Aku tak mampu pertahankan lagi
Cinta yang menyakiti
Biarlah aku pergi
Tiada hampa di hati
Aku yang mengejar bayang cinta

Rasa ayu dengan nama?

Assalamualaikum...



Si A: Eh, nama apa eh?? Lupa nak tanya

Aku: Leh panggil Za..

Si B: Za ke? Bukan Has??

Aku: hahaha Yelah nama saya HASLIZA....



U allz nak panggil apa pun boleh..tapi tolong sangat jangan panggil LIZA! I RASA AYU SIOT DENGAN NAMA TU! Keh keh keh...

Friday, March 2, 2012

Jalan-jalan awal semester. Ipoh!

Assalamualaikum! Aiisehhh lama tak update. Rasa malas pulak nak coret-coret kat sini. Hahahaha! Tapi malam ni rasa rajin. Rajin ke? Rajin sangat! Lalalalala...


Minggu lepas Ahad 26 Februari 2012, aku dan kawan-kawan telah pergi ke Ipoh, Perak. Memang la dekat tapi jarang-jarang juga aku pergi Ipoh ni. Kalau pergi pun hanya stesen bas dan stesen keretapi. Malu ja jadi anak perak! Adeh... Heeee! Kami pergi di atas arahan Dr Talib Samat di bawah subjek Pengeditan dan Pemasaran Karya! 


Kami sampai agak lewat kerana lewat bertolak atas masalah-masalah tertentu. Jam 12 tengah hari baru kami tiba di Dewan Bandaran Ipoh. Ermm nak buat apa eh kat Dewan Bandaran Ipoh ni? Ahaaa! Ada Pameran Kesultanan Perak dari tahun 1874. Selalu budak sejarah je yang pergi muzium dan pameran sejarah. Tapi kenapa budak sastera yang datang? Sebab dalam sastera juga ada sejarah. Sehingga semester 6 ni, memang banyak dah Dr Talib bawa kami ke Muzium dan tempat-tempat sejarah seperti Muzium Ngah Ibrahim Matang, Muzium Beruas, Makam Long Jaafar dan lain-lain. Tak banyak dan tak besar pun pameran ni, hanya memaparkan gambar-gambar dan sejarah kesultanan Perak. 





Selepas melawat Pameran Kesultanan ni, kami bergerak menuju ke Muzium Darul Ridzuan. Kebetulan pada masa itu di muzium Darul Ridzuan ni ada pameran Keranda dan Adat Pengebumian. Melihat pintu masuk agak menyeramkan tapi tak adalah sampai takut. Hehehe Pemeran keranda ini memaparkan adat-adat pengebumian agama-agama di Malaysia seperti agama Islam, agama Hindu, Cina, Kristian dan orang asli. Satu pengalaman yang baru bagi aku kerana sebelum-sebelum ni sangat cetek pengetahuan aku mengenai adat pengebumian agama lain. 








Sebenarnya dah malas dah tulis. Aku stop kat sini jelah eh.. Ok bye! 

Tuesday, February 28, 2012

Assalamualaikum.....

Sudah mencecah minggu kedua kuliah. Terkata dan tidak terhitungnya penat yang dirasa. Kerja tak banyak lagi sebenarnya tapi banyak sungguh benda yang memerlukan aku untuk berfikir. Aku almaklum, lagi banyak benda aku kena fikir lagi serabut tahap A kepala hotak aku dan makin la aku nak merapu meraban! Tapi cuba untuk mengawalnya! Haisshh payah-payah!! Hahahahaha....


Tapi dalam serabut ada juga rasa sedih...


  1. Semalam abang aku di Tapah datang hantar beg yang aku tinggal dekat kampung sebab tak muat tangan masa balik hari tu tapi anak sedara aku tidur. Sedih tak dapat main dengan ainul!! Hohoho
  2. Pagi tadi kakak aku pergi johor sambung belajar. Gud bye kakak! akan merindui kamu! Pasti...! 
  3. Tengah hari tadi abang sulung aku datang hantar kakak ipar aku daftar sambung belajar. Tak sempat nak jumpa sebab aku ada kelas. Sedih jugak! 


Yang pasti aku sedang merindui mereka semua! Haishhh baru seminggu! 



Friday, February 24, 2012

Berfikir terus berfikir

Assalamualaikum........


Waaaaa...penatnya! Selesai minggu pertama kuliah! Ya, dah seminggu berkuliah. Paling best semester ini kerana semua kelas dalam minggu ni ada! Minggu pertama kuliah tiada satu pun kelas batal. Adeh langsung takder minggu honeymoon. Macam-macam di suruh berfikir. Memang mencabar dan menguji..



  • Mikro
  • Makro ( 1 di sekolah dan 1 di dalam kelas = kena fikir sekolah pulak!  )
  • Kajian tindakan
  • Proposal final projek 
  • Nama sekolah untuk praktikum

Baru minggu pertama dah banyak kena fikir. Sabar jelah.




Roomate aku cakap aku skema sebab buat jadual macam nie! Hahahaha biarlah janji aku nampak kelas aku yang banyak nie!! Wekkkkk!!!